Cara Mudah Buat Duit Online Dengan Adsense


Saya akan jelaskan satu cara mudah untuk buat duit online dengan Adsense. Saya akan menggariskan langkah-langkah asas yang saya ambil untuk membina laman web buat duit online dengan dengan menggunakan Adsense.

1. Pilih kata kunci produk (keywords). Gunakan kata kunci produk kerana potensi pendapatan yang lebih tinggi per klik pada Adsense dan ia mudah untuk menulis ulasan produk

2. Cari dua kata kunci lain yang mempunyai kata kunci asal di dalamnya tetapi mempunyai jenama.

3. Buat kajian kata kunci. Pergi ke Google Keywords Tool dan klick CPC bagi setiap kata kunci. Saya cuba untuk memfokuskan kata kunci hanya mempunyai CPC RM1.00 atau lebih. Buat carian Google dan ambil 10 laman web yang tertera. Periksa backlinks bagi semua kesepuluh laman web itu dengan Yahoo Site Explorer. Jika backlinks bagi setiap laman web itu lebih dari 100, cari kata kunci baru.

4. Gunakan laman web yang simple dan bersih. Bagi domain name, letakkan kata kunci utama. Sebagai contoh bagaimanajadikaya.com, .org, atau .net.

5. Tulis artikel yang penuh dengan kata kunci pilihan kira-kira 400 - 600 patah perkataan. Tulis tiga atau empat artikel mengenai produk. Ingat, artikel perlu dipenuhi kata kunci yang dioptimumkan sepenuhnya di laman web. Jika tidak tahu apa yang hendak ditulis, buat carian google atau buat ulasan produk.

6. Buat backlinks setiap minggu pada setiap laman sehingga anda mendapat tempat di enjin carian google.

7. Tambah Adsense sebaik sahaja anda naik ke pringkat tinggi. Tunggu sehingga mendapat tempat untuk menambah adsense untuk bayaran yang lebih tinggi

8. Buat Search Engine Optimisation (SEO). Ini adalah perkara yang paling penting. Tajuk utama anda mesti ada kata kunci yang yang menjadi sasaran. Ia juga perlu ada pada meta tag.

9. Buat promosi dan backlinks. Hantar artikel kepada ezine, buat comment pada blog dofollow, facebook, twitter, dan palin utama forum.

10. Ulang dengan kata kunci lain sehingga mencapai pendapatan Adsense yang memuaskan.